Malaysia legislation

Section 169

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 169

(2)

Melainkan jika maksud sebaliknya terdapat dalam Akta ini—

(a)

semua orang, benda dan hal keadaan yang dilantik atau diwujudkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan oleh subseksyen (1) atau wujud atau berterusan di bawah mana-mana undang-undang itu sebelum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa hendaklah, di bawah dan tertakluk kepada Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, terus mempunyai taraf kuatkuasa dan kesan yang sama yang mungkin akan dipunyai oleh mereka masing-masing seolah-olah undang-undang itu tidak dimansuhkan sedemikian; dan

(b)

khususnya dan tanpa menyentuh keluasan makna perenggan (a) pemansuhan itu tidak-lah menyentuh lesen, permit, perlantikan, perintah, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa undang-undang yang disebut terdahulu dan yang berkuatkuasa sebelum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa dan lesen, permit, perlantikan, perintah, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu

127

hendaklah terus berkuatkuasa dan kekal berkuatkuasa seolah-olah tiap-tiap lesen, permit, perlantikan, perintah, kaedah atau peraturan itu dikeluarkan atau dibuat di bawah dan menurut kuasa Akta ini sehingga diganti atau dibatalkan oleh mana-mana lesen, permit, perlantikan, perintah, kaedah atau peraturan yang dibuat di bawah atau menurut kuasa Akta ini.