Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Adalah sah di sisi undang-undang bagi Ketua Pengarah, jika dapat dibuktikan dengan memuaskan hatinya bahawa apa-apa wang telah dibayar lebih atau silap bayar sebagai duti kastam atau sebagai sewa gudang atau sebagai apa-apa fee atau caj lain di bawah Akta ini, memerintahkan pembayaran balik wang yang dibayar lebih atau silap bayar itu:
Dengan syarat bahawa tiada pembayaran balik itu boleh dibenarkan melainkan jika suatu tuntutan berkenaan dengannya dibuat dalam borang yang ditetapkan dalam tempoh satu tahun selepas pembayaran lebih atau silap bayar itu dibuat.