Malaysia legislation

Section 17

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 17

(a)

kerana tak sengaja, tersilap, atau kerana apaapa sebab lain, salah tafsir bagi pihak manamana pegawai kastam, atau kerana pernyataan silap yang bukan dengan sengaja tentang nilai, kuantiti atau perihal oleh manamana orang, atau kerana apa-apa sebab lain, keseluruhan atau mana-mana bahagian apaapa duti kastam atau wang lain yang kena dibayar di bawah Akta ini telah tidak dibayar; atau

(b)

keseluruhan atau mana-mana bahagian duti kastam atau wang lain itu, selepas telah dibayar, telah, kerana apa-apa sebab, dibayar balik dengan silap, orang yang kena membayar duti kastam atau wang lain itu atau orang yang kepadanya pembayaran balik itu telah dibuat dengan silap, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah membayar jumlah kekurangan itu atau membayar balik amaun yang dibayar kepadanya dengan berlebihan, apabila tuntutan dibuat dalam tempoh tiga tahun dari tarikh duti kastam kena dibayar atau duti kastam berkurangan dibayar atau pembayaran balik itu dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tanpa menjejas apa-apa remedi lain bagi mendapatkan kembali amaun yang kena dibayar, apa-apa barang-barang kepunyaan orang itu yang mungkin berada dalam kawalan kastam boleh ditahan sehingga duti kastam atau jumlah kekurangan itu dibayar atau pembayaran balik dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Jika apa-apa amaun kena dibayar mengikut subseksyen (1) Ketua Pengarah boleh membenarkan amaun itu dibayar secara ansuran mengikut amaun dan pada tarikh yang ditetapkannya.