Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Selepas pemindahan apa-apa barang-barang daripada kawalan kastam tiada pengurangan duti kastam boleh dibenarkan ke atas apa-apa barang-barang itu—
(a)
atas sebab kerosakan; atau
(b)
atas sebab apa-apa tuntutan—
(i)
untuk membayar duti pada kadar keutamaan; atau
(ii)
bahawa berat, ukuran, isipadu atau nilai yang ditetapkan oleh pegawai kastam yang hak bagi maksud menentukan duti ke atas barang-barang itu, atau apa-apa faktor lain berkaitan dengan barang-barang itu, adalah tidak betul,
(3)
Selepas pemindahan apa-apa barang-barang daripada kawalan kastam tiada pengurangan duti eksport boleh dibenarkan ke atas apa-apa barang-barang itu atas sebab kerosakan, kecurian atau kehilangan.
melainkan jika notis secara bertulis tentang tuntutan sedemikian telah diberi pada atau sebelum masa pemindahan itu.