Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Kadar duti kastam dan penilaian (jika ada) yang dipakai terhadap apa-apa barang-barang adalah:
(a)
dalam hal barang-barang yang diimport dengan sahnya—
(i)
jika barang-barang itu (selain daripada petroleum dalam gudang berlesen) digudangkan, atau jika duti kastam dibayar di stesen pemungutan yang ditubuhkan di bawah seksyen 63(2), kadar dan penilaian yang berkuatkuasa pada hari pemindahan barang-barang itu dibenarkan oleh pégawai kastam yang hak atau, dalam hal sesuatu stesen pemungutan, oleh seorang pegawai yang dilantik di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Singapura berhubungan dengan pemungutan duti kastam yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia;
(ii)
jika barang-barang itu terdiri daripada petroleum yang berada di dalam gudang berlesen, kadar yang berkuatkuasa pada hari petroleum itu dipindahkan dari gudang itu;
(iii)
jika barang-barang itu diimport melalui pos, kadar dan penilaian yang berkuatkuasa pada hari duti ditaksir oleh pegawai kastam yang hak; dan
(b)
dalam hal barang-barang tak berkastam, kadar dan penilaian yang berkuatkuasa pada hari barang-barang itu menjadi barang-barang tak berkastam, jika diketahui, atau kadar dan penilaian yang berkuatkuasa pada hari penyitaan, yang mana lebih tinggi.
(iv)
dalam apa-apa hal lain, kadar dan penilaian yang berkuatkuasa pada hari barang-barang itu dilepaskan oleh pegawai kastam yang hak;