Malaysia legislation

Section 20

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 20

Kadar duti eksport dan penilaian (jika ada) yang dipakai terhadap apa-apa barang-barang adalah—

(a)

dalam hal barang-barang yang dieksport dengan sahnya, kadar dan penilaian yang berkuatkuasa pada hari sesuatu resit dikeluarkan bagi pembayaran duti:

Dengan syarat bahawa apabila pembayaran tunggakan duti telah dibenarkan di bawah seksyen 80 kadar dan penilaiannya ialah kadar dan penilaian yang berkuatkuasa pada hari barang-barang itu dilepaskan oleh pegawai kastam yang hak, atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh seorang pegawai yang dilantik di bawah mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Singapura berhubungan dengan pemungutan duti eksport ke atas barang-barang yang dieksport dari Malaysia;

(b)

dalam hal barang-barang tak berkastam, kadar dan penilaian yang berkuatkuasa pada hari barang-barang itu menjadi barang-barang tak berkastam, jika diketahui, atau kadar dan penilaian yang berkuatkuasa pada hari penyitaan, yang mana lebih tinggi.