Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Apabila menurut kuasa suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 11 (1) suatu duti kastam telah ditentukan ke atas apa-apa barang-barang yang sebelumnya adalah barang-barang tidak berduti atau apa-apa duti kastam ke atas barang-barang dihapuskan atau apabila pengimportan atau pengeksportan apa-apa barang-barang dilarang atau apa-apa larangan itu dihapuskan oleh suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 31 dan adalah menjadi perlu bagi maksud Akta ini untuk menentukan masa sesuatu pengimportan atau pengeksportan apa-apa barang-barang dibuat dan disempurnakan adalah disifatkan sebagai telah mula berkuatkuasa, pengimportan atau pengeksportan itu hendaklah, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, disifatkan sebagai—
(a)
dalam hal pengimport melalui laut, masa vesel yang mengimport barang-barang itu telah dengan sebenarnya tiba dalam sempadan pelabuhan kastam di mana barang-barang itu dikonsainkan;
(b)
dalam hal pengimportan melalui jalan atau keretapi, masa barang-barang itu tiba di Malaysia;
(c)
dalam hal pengimportan melalui udara, masa pesawat udara itu mendarat di sesuatu lapangan terbang kastam;
(d)
dalam hal pengeksportan melalui laut, masa barang-barang itu dikapalkan ke atas vesel yang mengeksportnya bermula;
(e)
dalam hal pengeksportan melalui jalan atau keretapi, masa barang-barang itu dilepaskan untuk eksport oleh seorang pegawai kastam yang hak di tempat eksport terakhir;
(f)
dalam hal pengeksportan melalui udara, masa memuatkan barang-barang itu ke atas pesawat udara yang mengeksportnya bermula.