Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
(a)
kecuali di sesuatu tempat mendarat yang sah di sisi undang-undang:
Dengan syarat bahawa di Sabah dan Sarawak barang-barang bolehlah didaratkan di sesuatu dermaga yang dibenarkan;
(b)
sehingga kebenaran untuk berbuat sedemikian telah diterima daripada pegawai kastam yang hak; dan
(c)
kecuali pada hari-hari dan masa yang ditetapkan, melainkan jika kebenaran untuk mendaratkan barang-barang pada hari-hari dan masa yang lain telah diberi oleh pegawai kastam yang hak.
(2)
Kecuali dengan kebenaran pegawai kastam yang hak, tiada barang-barang sedemikian—
(a)
setelah didaratkan atau diturunkan dari kapal boleh dipindahkapalkan; atau
(b)
setelah diletakkan ke dalam mana-mana bot atau pesawat untuk didaratkan boleh dipindahkan ke dalam mana-mana bot atau pesawat lain sebelum ia didaratkan.
(3)
Peruntukan-peruntukan terdahulu seksyen ini tidaklah terpakai bagi ikan basah, sama ada dibungkus dengan air batu atau tidak, yang didaratkan daripada mana-mana vesel yang dilesen bagi maksud menangkap ikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.