Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Tiada barang-barang yang diimport melalui keretapi atau jalan boleh diimport—
(a)
kecuali di suatu tempat import yang ditetapkan dan jika sesuatu jalan telah ditetapkan, melalui jalan itu; dan
(b)
dalam hal barang-barang yang diimport melalui jalan, kecuali pada hari-hari dan masa yang ditetapkan bagi pengimport itu melainkan jika kebenaran untuk mengimport barang-barang pada hari-hari dan masa yang lain telah diberi oleh pegawai kastam yang hak.