Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Tiada barang-barang boleh dimuatkan, atau diangkut melalui air untuk dimuatkan bagi pengeksportan melalui laut atau bagi pengangkutan melalui air dari mana-mana tempat ke suatu tempat lain dalam Malaysia—
(a)
kecuali di sesuatu tempat mendarat yang sah di sisi undang-undang:
Dengan syarat bahawa di Sabah dan Sarawak barang-barang boleh dimuatkan atau diangkut melalui air untuk dimuatkan bagi pengeksportan melalui laut di sesuatu dermaga yang dibenarkan;
(b)
sehingga kebenaran untuk berbuat sedemikian telah diterima daripada pegawai kastam yang hak; dan
(c)
kecuali pada hari-hari dan masa yang ditetapkan, melainkan jika kebenaran untuk memuatkan barang-barang pada hari-hari dan masa yang lain telah diberi oleh pegawai kastam yang hak.