Malaysia legislation

Section 27

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 27

(a)

duti eksport telah dibayar ke atas apa-apa barang-barang yang dicadangkan untuk dipindahkapal di tempat lain; atau

(b)

dalam hal barang-barang yang akan didaratkan di sesuatu tempat mendarat yang sah di sisi undang-undang dalam Malaysia cagaran dalam amaun duti eksport itu telah diberi dengan memuaskan hati pegawai kanan kastam bahawa apa-apa barang-barang yang dicadangkan untuk didaratkan di tempat mendarat yang sah di sisi undang-undang yang lain akan didaratkan sedemikian:

Dengan syarat bahawa dalam hal Sarawak, duti eksport boleh dibayar pada masa dan mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan di bawah seksyen 142.

(2)

Tiada barang-barang yang berkenaan dengannya duti kastam kena dibayar apabila dieksport boleh dihantar melalui keretapi dari satu tempat ke tempat lain dalam Malaysia apabila perjalanan itu melibatkan laluan melalui wilayah di luar Malaysia melainkan jika—

(a)

duti eksport kastam telah dibayar ke atasnya; atau

(b)

cagaran dalam amaun duti itu telah diberi dengan memuaskan hati pegawai kanan kastam di stesen yang menghantar bahawa barang-barang itu akan ditunjukkan kepada pegawai kanan kastam di stesen yang dituju.