Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 2

(a)

Ketua Pengarah;

(b)

mana-mana Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 (1);

(c)

mana-mana Penolong Ketua Pengarah, Pengarah, Penolong Kanan Pengarah dan Penolong Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 (1);

(d)

mana-mana Penguasa Kanan, Penguasa atau Penolong Penguasa Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 (4);

(e)

mana-mana pegawai kastam yang diberikuasa seorang pegawai kanan kastam di bawah seksyen 3 (5) atau seksyen 5;

(f)

mana-mana pegawai polis yang mempunyai kuasa seorang pegawai kanan kastam menurut seksyen 8;

"Pegawai kastam" ertinya:

(a)

Ketua Pengarah;

(b)

mana-mana Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 (1);

(c)

mana-mana Penolong Ketua Pengarah, Pengarah, Penolong Kanan Pengarah dàn Penolong Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 (1);

(d)

mana-mana Penguasa Kanan, Penguasa atau Penolong Penguasa Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 (4);

(e)

mana-mana Ketua Pegawai Kastam, Pegawai Kanan Kastam atau Pegawai Kastam yang dilantik di bawah seksyen 4;

(f)

mana-mana pegawai polis;

“pegawai kastam yang hak” ertinya mana-mana pegawai kastam yang bertindak dalam melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini, sama ada tugas itu diberi kepadanya secara khas atau am, atau secara nyata atau tersirat;

“pemunya” berkenaan dengan barang-barang termasuklah mana-mana orang (selain daripada seorang pegawai kastam yang bertindak atas sifat rasminya) yang adalah atau mengemukakan dirinya sebagai pemunya, pengimport, pengeksport, konsaini, ejen atau seorang yang memiliki, atau mempunyai kepentingan benefisial dalam, atau mempunyai apaapa kawalan ke atas, atau kuasa melupuskan barang-barang itu;

“pemunya” berkenaan dengan kapal termasuklah tiap-tiap orang yang bertindak sebagai ejen bagi pemunya atau yang menerima tambang muatan atau caj-caj lain yang kena dibayar berkenaan dengan kapal itu;

“pengeksport” termasuklah mana-mana orang yang olehnya apa-apa barang-barang (termasuklah barang-barang yang dipindah dari pesawat udara atau kapal pengimport) dieksport dari Malaysia atau dibekalkan untuk diguna sebagai storan pesawat udara atau kapal, dan juga pemunya itu, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, dan mana-mana orang yang bagi maksud kastam, menandatangani apa-apa dokumen berhubungan dengan barang-barang yang dieksport atau dimaksudkan untuk dieksport atau dibekalkan atau dimaksudkan untuk dibekalkan sebagai storan pesawat udara atau kapal seperti yang disebut terdahulu;

"pengilangan" ertinya—

(a)

dalam hal liquor yang memabukkan, menyuling, membru, menapai, membotolkan liquor yang memabukkan, dan termasuklah menambah apa-apa bahan (selain daripada air) kepada liquor yang memabukkan itu dan menggaul, mencampur, dan mengubah liquor yang memabukkan dengan niat supaya campuran yang dibuat itu boleh dijual bagi kegunaan manusia, tetapi tidak termasuk apa-apa campuran sedemikian yang disediakan atas arahan pembeli, dan untuk digunakan olehnya dengan serta-merta;

(b)

dalam hal tembakau, apa-apa proses menukar tembakau mentah atau daun tembakau kepada tembakau yang sesuai untuk dihisap, disedut atau dikunyah, dan termasuklah membuat rokok daripada tembakau yang dikilang;

(c)

dalam hal petroleum, menapis, mencampur dan termasuklah menambah apa-apa bahan asing; dan

(d)

dalam hal-hal lain, menukar dengan cara tangan atau jentera bahan organik atau tak organik kepada keluaran baru dengan menukar saiz, bentuk, komposisi, jenis atau kualiti bahan itu dan termasuklah memasang bahagian-bahagian supaya menjadi suatu jentera atau keluaran lain, tetapi tidak termasuk pemasangan jentera atau kelengkapan bagi maksud pembinaan;

“pengimport” termasuklah dan dipakai bagi manamana pemunya atau orang lain yang pada masa itu memiliki atau mempunyai kepentingan benefisial ke atas apa-apa barang-barang pada dan dari masa pengimportan barang-barang tersebut sehingga barang-barang itu telah dipindah daripada kawalan kastam dengan sempurna;

"perairan wilayah" ertinya perairan wilayah Malaysia;

"pesawat udara" termasuklah apa-apa jenis pesawat yang boleh digunakan untuk pengangkutan penumpang atau barang-barang melalui udara;

"pesawat tempatan" ertinya mana-mana jong, tongkang, perahu, kumpit atau vesel lain yang sama jenis, dan mana-mana vesel stim atau bermotor di bawah tujuh puluh lima tan bersih berdaftar;

"petroleum" termasuklah cecair lazim dikenali sebagai minyak batuan, minyak Rangoon, minyak Burma, minyak tanah dan gantian minyak tanah, minyak parafin, petrol, gasolin, benzol, bensolin, benzin, nafta dan apa-apa cecair mudah terbakar yang serupa, sama ada suatu keluaran semulajadi atau sesuatu yang dibuat daripada petroleum, arang batu, syis, syal atau apa-apa bahan bitumen lain, atau daripada apa-apa keluaran daripadanya;

"Pihak Berkuasa Kewangan" berhubungan dengan Sabah dan Sarawak ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh Menteri, melalui pemberitahuan dalam Warta yang bersesuaian, untuk menjalankan di bawah arahan Menteri apa-apa fungsi yang Menteri diberikuasa atau dikehendaki oleh Akta ini untuk menjalankannya di Sabah atau Sarawak;

"pilot pesawat udara" ertinya tiap-tiap orang yang menguasai atau bertanggungjawab bagi sesuatu pesawat udara;

"pelabuhan kastam" ertinya mana-mana pelabuhan yang ditetapkan sebagai pelabuhan kastam;

"stesen pemungutan" ertinya suatu gudang kastam yang ditubuhkan di Singapura di bawah seksyen 63 (2);

“tempat pendaratan yang sah di sisi undang-undang” ertinya mana-mana tempat yang telah ditetapkan sebagai suatu tempat yang sah di sisi undang-undang bagi mendarat dan mengapal barang-barang;

"vesel pencegah" ertinya mana-mana vesel yang digunakan bagi pencegahan penyeludupan atau bagi apa-apa maksud lain yang berhubungan dengan kastam dan termasuklah sesuatu vesel yang dipunyai dan diguna oleh Kerajaan Singapura bagi pencegahan penyeludupan;

"terapung-apung" dalam hal sesuatu vesel dalam perairan wilayah ertinya berlengah-lengah tanpa maksud yang jelas di sisi undang-undang, sama ada vesel itu bergerak atau tidak bergerak.

(1A)

Bagi maksud-maksud Akta ini (selain daripada seksyen 31), zon perdagangan bebas hendaklah disifatkan sebagai suatu tempat di luar Malaysia.

Dalam subseksyen ini, ungkapan "zon perdagangan bebas" ertinya mana-mana kawasan yang diisytiharkan sebagai suatu zon perdagangan bebas di bawah peruntukan seksyen 3 Akta Zon Perdagangan Bebas 1971.

(2)

Bagi maksud Akta ini, barang-barang hendaklah disifatkan sebagai berada di bawah kawalan kastam semasa ia didepositkan atau ditahan di mana-mana gudang kastam atau gudang berlesen, pejabat pos, atau dalam mana-mana vesel, keretapi, kenderaan, pesawat udara atau tempat dari mana ia tidak boleh dipindahkan kecuali dengan kebenaran pegawai kastam yang hak.