Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(a)
melarang pengimportan ke dalam, atau pengeksportan dari, Malaysia atau manamana bahagian daripadanya, sama ada dengan mutlak atau bersyarat, atau dari atau ke manamana negeri, wilayah atau tempat yang dinyatakan di luar Malaysia, atau pemindahan dari satu tempat ke tempat lain dalam Malaysia apa-apa barang-barang atau kelas barang-barang; dan
(b)
melarang pengimportan ke dalam, atau pengeksportan dari, Malaysia atau manamana bahagian daripadanya, atau pemindahan dari satu tempat ke tempat lain dalam Malaysia apa-apa barang-barang atau kelas barang-barang, kecuali di pelabuhan atau tempat yang dinyatakan.
(2)
Jika apa-apa soalan berbangkit tentang sama ada apa-apa barang-barang tertentu adalah atau tidak termasuk dalam sesuatu kelas barang-barang yang terdapat dalam sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), soalan sedemikian hendaklah diputuskan oleh Ketua Pengarah.