Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Ketua Pengarah boleh, menurut budi bicaranya, sama ada secara am atau dalam sesuatu hal tertentu atau berkenaan dengan sesuatu kawasan tertentu, menghendaki supaya cagaran diberi oleh mana-mana orang yang memindahkan barang-barang berduti di dalam Malaysia dan jika apa-apa cagaran sedemikian telah dikehendaki supaya diberi tiada seorang pun boleh memindahkan barang-barang itu melainkan jika cagaran itu telah diberi. Cagaran itu tidak boleh melebihi amaun duti yang boleh dilevi ke atas barang-barang itu.