Malaysia legislation

Section 36

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 36

(a)

dengan serta-merta melaporkan ketibaan vesel tersebut kepada pegawai kastam yang hak;

(b)

memberi apa-apa maklumat berhubungan dengan vesel, kargo, kru dan pelayaran, sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kastam yang hak itu; dan

(c)

apabila dikehendaki oleh pegawai tersebut, menunjukkan pelepasan pelabuhan, atau dokumen lain yang lazimnya diberi, yang diberi di pelabuhan persinggahan terakhir dan apa-apa dokumen lain berhubungan dengan vesel, kargo, kru dan pelayaran itu.

(2)

Pegawai kastam yang hak itu boleh menahan pelepasan pelabuhan atau dokumen lain yang diberi di pelabuhan persinggahan terakhir itu.

(3)

Jika terdapat kegagalan untuk mematuhi subseksyen (1) nakhoda atau ejen vesel berkenaan adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Section 36 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my