Malaysia legislation

Section 38

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 38

(2)

Jika pegawai kastam yang hak berpuas hati bahawa maklumat yang diberi di bawah subseksyen (1) adalah tepat, dia hendaklah menyiapkan, menandatangani dan mengeluarkan suatu pelepasan pelabuhan dalam borang yang ditetapkan kepada nakhoda atau ejen vesel itu dan hendaklah mengendors di atasnya atau, menurut budi bicaranya, melampirkan bersamanya, suatu salinan senarai barang-barang yang diserah kepada pegawai kastam yang hak mengikut subseksyen (1).

(3)

Pelepasan pelabuhan tersebut hendaklah dibawa di atas vesel itu sepanjang masa vesel itu berada dalam perairan wilayah.