Malaysia legislation

Section 39

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 39

(a)

mana-mana vesel perang, kapal pengangkut tentera, atau vesel lain yang dimiliki, atau yang sedang dikendalikan oleh Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negara asing dan digunakan dengan eksklusif bagi perkhidmatan Kerajaan dan perkhidmatan bukan-perdagangan;

(b)

vesel yang digunakan semata-mata bagi menangkap ikan dan dilesen bagi maksud menangkap ikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(c)

vesel yang pergerakannya terbatas kepada sungai yang boleh dilayari ke hulu suatu stesen kastam yang terletak di kuala atau dekat kuala sungai itu;

(d)

vesel persiaran milik persendirian yang tidak disewa-guna untuk belayar dan tidak membawa kargo;

(e)

vesel daripada kelas yang berkenaan dengannya suatu perintah di bawah subseksyen (2) sedang berkuatkuasa.

(2)

Menteri boleh, dengan perintah, mengecualikan sama ada secara mutlak atau bersyarat, mana-mana kelas vesel daripada kuatkuasa seksyen 36, 37 dan 38.