Malaysia legislation

Section 3

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 3

(2)

Ketua Pengarah adalah Ketua Pegawai Kastam dan hendaklah mempunyai pengawasan ke atas semua perkara berhubungan dengan kastam, tertakluk kepada arahan dan kawalan Menteri.

(3)

Timbalan Ketua Pengarah, Penolong Ketua Pengarah, Pengarah, Penolong Kanan Pengarah dan Penolong Pengarah, adalah tertakluk kepada arahan dan pengawasan am Ketua Pengarah, dan, tertakluk kepadanya, hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberi kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini, selain daripada kuasa yang diberi oleh seksyen 22 dan 145 Akta ini.

(4)

Maka hendaklah dilantik seberapa ramai Penguasa Kanan, Penguasa dan Penolong Penguasa Kastam dan Eksais sebagaimana yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan eksais.

(5)

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, memberi kepada mana-mana pegawai kastam yang bukan seorang pegawai kanan kastam semua atau apa-apa kuasa seorang pegawai kanan kastam.

Perlantikan Pegawai Kastam.

Section 3 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my