Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(a)
sehingga peruntukan-peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya mengenai vesel dan kargo yang dibawa di atas vesel itu telah dipatuhi; atau
(b)
sehingga semua caj dan penalti yang kena dibayar oleh vesel itu atau oleh pemunya atau nakhoda vesel itu dan semua duti yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa barang-barang yang dikapalkan ke dalam vesel itu telah dibayar atau bayarannya dijamin dengan suatu deposit atau jaminan bertulis sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai kastam yang hak.
(2)
Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis seorang Pegawai Pelabuhan atau pihak berkuasa yang hak yang lain telah memberitahu pegawai kastam yang hak bahawa mana-mana vesel kena ditahan, pegawai kastam yang hak itu tidak boleh mengeluarkan pelepasan pelabuhan berkenaan dengan vesel itu tanpa persetujuan bertulis daripada Pegawai Pelabuhan atau pihak berkuasa yang hak yang lain itu.