Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
Nakhoda mana-mana vesel yang berada dalam perairan wilayah hendaklah mematuhi apa-apa isyarat yang dibuat kepadanya daripada sesuatu vesel pencegah atau apa-apa arahan yang diberi oleh seorang pegawai kastam yang berpakaian seragam daripada mana-mana vesel lain atau mana-mana tempat yang menghendakinya supaya berhenti atau supaya tidak bergerak lagi atau supaya melakukan apa-apa tindakan lain.