Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
(2)
Jika mana-mana vesel berapung dalam perairan wilayah dan apabila diperiksa didapati tidak membawa apa-apa barang-barang yang disebut dalam subseksyen (1), vesel itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai terapung-apung bagi maksud menerima barang-barang berduti yang mana duti eksport telah tidak dibayar ke atasnya atau barang-barang larangan yang dieksport berlawanan dengan suatu larangan dan nakhoda dan tiap-tiap anggota kru vesel itu adalah melakukan kesalahan terhadap Akta ini.
(3)
Nakhoda mana-mana vesel yang didapati tanpa alasan yang sah berada dalam perairan wilayah tanpa suatu pelepasan bagi sesuatu pelabuhan kastam di Malaysia, atau membawa kargo atau penumpang atau kedua-duanya tanpa suatu manifes yang sesuai baginya, atau didapati telah melepasi pelabuhan kastam yang dinamakan dalam surat-surat vesel itu tanpa membuat kemasukan dan perisytiharan di pelabuhan itu, apabila disabitkan di hadapan seorang Majistret Kelas Satu boleh didenda dua ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh dua belas bulan.