Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
Jika dalam mana-mana vesel yang berada dalam perairan wilayah kuantiti apa-apa barang-barang yang dicatat dalam manifes atau dokumen-dokumen lain yang sepatutnya berada atas vesel itu, didapati oleh seorang pegawai kastam yang hak sebagai kurang, dan kekurangan itu tidak dijelaskan dengan memuaskan hati pegawai itu, maka barang-barang itu hendaklah disifatkan sebagai telah didaratkan di Malaysia dengan menyalahi undang-undang.