Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
Selepas ketibaan mana-mana vesel dalam perairan wilayah—
(a)
pukal tidak boleh dipecah;
(b)
tiada perubahan boleh dibuat dalam penyimpanan kargo bagi memudahkan pemunggahan mana-mana bahagian kargo itu, sebelum kebenaran untuk mendaratkan barang-barang yang dikehendaki oleh perenggan (b) subseksyen (1) seksyen 23 telah diterima oleh nakhoda vesel itu; dan
(c)
tiada bungkusan boleh pada bila-bila masa dibuka di atas vesel itu;
tanpa memberi alasan yang sesuai kepada seorang pegawai kanan kastam.