Malaysia legislation
Section 52
Seksyen 52
(2)
Suatu manifes pindahkapal berasingan hendaklah diserahkan dalam dua salinan dalam borang yang ditetapkan berkenaan dengan barang-barang yang akan dipindahkapal di pelabuhan kastam.
(3)
Jika dapat ditunjukkan dengan memuaskan hati pegawai kastam yang hak bahawa adalah tidak praktikal untuk menyerahkan manifes masuk atau manifes pindahkapal dalam suatu masa yang munasabah selepas ketibaan sesuatu vesel, pegawai kastam yang hak boleh membenarkan kargo didaratkan atau dipindahkapalkan sebelum manifes itu diserahkan, tetapi tiada kargo yang didaratkan sedemikian boleh, kecuali dengan kebenaran pegawai kastam yang hak, diserahkan kepada pengimport atau konsaini atau ejennya sehingga manifes itu telah diserahkan kepada, dan diteliti oleh, pegawai kastam yang hak.