Malaysia legislation

Section 55

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 55

(2)

Jika apa-apa barang-barang yang tercatat dalam manifes mana-mana vesel tidak dapat dijelaskan dengan memuaskan hati pegawai kastam yang hak dalam masa dua bulan dari tarikh penyerahan pernyataan itu atau dalam masa selanjutnya yang dibenarkan oleh pegawai itu, nakhoda atau ejen vesel itu adalah bertanggungjawab untuk membayar kepada pegawai itu apabila dikehendaki suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima ratus ringgit, dan sebagai tambahan, dalam hal barang-barang berduti, ejen itu hendaklah bertanggungjawab untuk membayar kepada pegawai itu apabila dikehendaki, amaun duti kastam yang boleh dilevi ke atasnya atau, apabila duti yang betul tidak dapat ditaksir, suatu amaun yang tidak melebihi dua ribu ringgit.

(3)

Jika orang yang bertanggungan terhadap penalti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) enggan atau gagal membayar penalti yang dituntut daripadanya mana-mana pegawai kanan kastam boleh mendakwa bagi dan mendapatkan penalti itu di suatu mahkamah Majistret Kelas Satu.

Section 55 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my