Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
Pilot atau ejen tiap-tiap pesawat udara yang tiba di suatu lapangan terbang kastam hendaklah, sebelum apa-apa kargo diserah, menyerahkan kepada pegawai kastam yang hak di pejabat kastam suatu manifes masuk yang betul mengenai pesawat udara itu dalam Bahasa Kebangsaan atau dalam Bahasa Inggeris yang pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan, diperakui oleh pilot atau ejen itu, bersamasama dengan suatu salinan penduanya, yang mengandungi butir-butir semua bungkusan yang dikonsainkan ke lapangan terbang itu dan pegawai kastam yang hak itu boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki sebagai tambahan, suatu manifes yang lengkap mengenai keseluruhan kargo pesawat udara itu dan suatu senarai lengkap storan di dalam pesawat udara itu.