Malaysia legislation

Section 57

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 57

Pemunya atau ejen mana-mana vesel, selain daripada suatu pesawat tempatan, yang meninggalkan mana-mana pelabuhan kastam hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas bertolaknya vesel itu, menyerahkan kepada pegawai kastam yang hak di pejabat kastam suatu manifes keluar yang betul mengenai vesel itu dalam Bahasa Kebangsaan atau dalam Bahasa Inggeris, yang pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan, diperakui oleh pemunya atau ejen itu, bersama-sama dengan suatu salinan penduanya, yang mengandungi semua butir tentang tanda, nombor dan kandungan setiap bungkusan yang dikapalkan di pelabuhan kastam dan nama pengapal.

Section 57 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my