Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
Nakhoda mana-mana pesawat tempatan, sama ada membawa kargo atau tidak, yang meninggalkan manamana pelabuhan kastam hendaklah, sebelum bertolaknya vesel itu, menghadirkan diri di pejabat kastam, dan membuat suatu akuan bertulis atau lisan dalam borang atau mengikut cara yang ditetapkan tentang semua kargo yang dikapalkan atas veselnya
KASTAM dan pelabuhan atau pelabuhan-pelabuhan yang dituju oleh kargo itu, dan jika tiada kargo dibawa dia hendaklah membuat suatu akuan dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa dalam hal suatu pesawat tempatan yang dalam hal keadaan yang disebut dalam, dan di bawah peruntukan seksyen 61 adalah disifatkan sebagai meninggalkan pelabuhan kastam itu, tiada akuan dikehendaki jika pegawai kastam yang hak berpuas hati bahawa suatu akuan telah dibuat di suatu pelabuhan kastam yang lebih jauh di hulu sungai.