Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
Pilot atau ejen mana-mana pesawat udara yang meninggalkan mana-mana lapangan terbang kastam hendaklah, sebelum bertolaknya pesawat udara itu, menyerahkan kepada pegawai kastam yang hak di pejabat kastam suatu manifes keluar yang betul mengenai pesawat udara itu dalam Bahasa Kebangsaan atau dalam Bahasa Inggeris, yang pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan, diperakui oleh pilot atau ejen itu, bersama-sama dengan suatu salinan penduanya, yang mengandungi semua butir tentang tanda, nombor dan kandungan setiap bungkusan yang dimuatkan di lapangan terbang kastam itu dan nama konsainor dan konsaini bungkusan itu.