Malaysia legislation

Section 64

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 64

Jika stesen pemungutan telah ditubuhkan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 63 (2), maka tertakluk kepada peruntukan-peruntukan lain Akta ini dan kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang Ketua Pengarah sama ada secara am dengan perintah atau dalam mana-mana hal tertentu boleh mengenakan—

(a)

peruntukan-peruntukan Akta ini berhubungan dengan bayaran duti kastam tidaklah terpakai bagi barang-barang yang diimport dari sesuatu stesen pemungutan di mana duti ke atasnya telah pun dibayar sebelum barang-barang itu diimport; dan

(b)

peruntukan-peruntukan akta ini yang menghendaki bayaran duti ke atas barang-barang yang akan dieksport pada masa eksport tidaklah terpakai bagi barang-barang berduti yang dihantar ke sesuatu stesen pemungutan.