Malaysia legislation

Section 65

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 65

(2)

Mana-mana lesen itu hendaklah bagi sesuatu tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam setiap hal dalam lesen itu.

(3)

Pegawai kanan kastam atau mana-mana pegawai kastam yang diwakilkannya bagi maksud itu, hendaklah pada sepanjang masa ada akses pada manamana gudang berlesen.

(4)

Jika didapati pada bila-bila masa bahawa dalam mana-mana gudang berlesen atau mana-mana bahagiannya ada kekurangan kuantiti barang-barang berduti yang sepatutnya didapati di dalam gudang berlesen itu, pemegang lesen gudang itu hendaklah, jika tiada bukti sebaliknya, dianggap telah memindahkan dengan menyalahi undang-undang barang-barang itu dan hendaklah, tanpa menyentuh mana-mana prosiding di bawah Akta ini, membayar kepada pegawai kastam yang hak duti kastam yang boleh dilevi ke atas barang-barang yang didapati berkurangan itu:

Dengan syarat bahawa jika dibuktikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa kekurangan itu adalah disebabkan oleh kebocoran, kepecahan yang tidak dapat dielakkan atau kemalangan lain, Ketua

Pengarah boleh meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian duti kastam yang boleh dilevi ke atas barang-barang yang didapati berkurangan itu.