Malaysia legislation
Section 65B
Seksyen 65B
(2)
Seseorang likuidator mana-mana syarikat sedemikian yang gagal memberi notis kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau gagal memperuntukkan bagi pembayaran duti kastam sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen itu adalah bertanggungan sendiri bagi apa-apa duti kastam yang adalah atau akan menjadi kena dibayar seperti yang disebut terdahulu.
(3)
Jika dua orang atau lebih dilantik menjadi likuidator atau dikehendaki oleh undang-undang menjalankan penggulungan mana-mana syarikat sedemikian, tertakluk kepada hak sumbangan di antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak, obligasi dan liabiliti yang mengikat seorang likuidator di bawah seksyen ini hendaklah mengikat semua orang itu bersesama dan berasingan.