Malaysia legislation
Section 65D
Seksyen 65D
(2)
Mana-mana lesen itu hendaklah bagi sesuatu tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dalam setiap hal ditetapkan oleh Ketua Pengarah dalam lesen itu.
(3)
Pemegang lesen hendaklah, bagi penjalanan yang wajar perniagaannya, memberikan apa-apa cagaran sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(4)
Jika pada bila-bila masa didapati bahawa manamana barang-barang telah dijual atau dipindahkan dari kedai bebas cukai dengan cara selain daripada cara mengikut segala syarat lesen yang diberikan di bawah seksyen ini, pemegang lesen kedai bebas cukai itu hendaklah, jika tiada bukti sebaliknya, dianggap telah memindahkan dengan menyalahi undang-undang barang-barang itu dan hendaklah, tanpa menyentuh mana-mana prosiding di bawah Akta ini, dikenakan membayar kepada pegawai kastam yang hak duti kastam yang boleh dilevi ke atas barang-barang yang telah dijual atau dipindahkan itu.