Malaysia legislation

Section 65E

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 65E

(2)

Mana-mana lesen itu hendaklah bagi sesuatu tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang boleh ditentukan dalam setiap hal oleh Ketua Pengarah dalam lesen itu.

(3)

Pemegang lesen hendaklah, bagi penjalanan yang wajar perniagaannya, memberikan apa-apa cagaran sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pendaftar.

(4)

Jika pada bila-bila masa didapati bahawa di dalam mana-mana depot pelepasan pedalaman terdapat kekurangan pada bilangan barang-barang berduti yang sepatutnya ditemui di dalamnya, pemegang lesen depot pelepasan pedalaman itu hendaklah, jika tiada bukti sebaliknya, dianggap telah memindahkan barang-barang itu dengan menyalahi undang-undang dan hendaklah, tanpa menyentuh mana-mana prosiding di bawah Akta ini, dikenakan membayar kepada pegawai kastam yang hak duti kastam yang boleh dilevi ke atas barang-barang yang didapati berkurangan itu:

Dengan syarat bahawa jika dibuktikan hingga memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa kekurangan sedemikian disebabkan oleh apa-apa kebocoran, kepecahan atau kemalangan lain yang tidak dapat dielakkan, Ketua Pengarah boleh mengurangkan semua atau mana-mana bahagian duti kastam yang dikenakan ke atas barang-barang yang didapati berkurangan itu.