Malaysia legislation

Section 66

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 66

(a)

Ketua Pengarah, jika berpuas hati bahawa atas sebab berat, kuantiti atau besarnya manamana barang-barang itu atau kerana apa-apa sebab lain adalah tidak praktik untuk mendepositkan barang-barang itu dalam sesuatu gudang kastam, boleh mengarahkan supaya barang-barang itu disimpan dalam mana-mana tempat lain di mana barang-barang sedemikian hendaklah disifatkan sebagai berada di bawah kawalan kastam;

(b)

apa-apa barang-barang sedemikian yang diimport melalui keretapi boleh dengan sahnya dikonsainkan kepada mana-mana orang di sesuatu stesen kastam di darat yang ada suatu gudang kastam, dan barang-barang sedemikian hendaklah bagi maksud Bahagian ini dan Bahagian IX, disifatkan sebagai mula-mula sampai apabila tiba di stesen kastam di darat itu;

(c)

jika bil muatan, invois atau dokumen lain yang meliputi apa-apa barang-barang itu yang didaratkan di sesuatu pelabuhan kastam menunjukkan bahawa barang-barang itu dikonsainkan kepada seseorang di suatu stesen kastam di darat, barang-barang itu bolehlah dihantar dengan keretapi ke stesen kastam di darat yang ada suatu gudang kastam, dan barang-barang itu hendaklah bagi maksud Bahagian ini dan Bahagian IX, disifatkan sebagai mula-mula sampai apabila tiba di stesen kastam di darat itu;

(d)

barang-barang itu apabila mula-mula didaratkan di sesuatu lapangan terbang kastam yang tiada gudang kastam bolehlah diuruskan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Tiada barang-barang yang didepositkan dalam suatu gudang atau diarahkan supaya didepositkan di dalam mana-mana tempat lain, di bawah subseksyen (1), boleh dipindahkan dari gudang itu atau dari tempat itu kecuali dengan kebenaran pegawai kastam yang hak.

(3)

Barang-barang berduti yang didepositkan dalam suatu gudang yang bukan suatu gudang kastam atau gudang berlesen, hendaklah dipindahkan daripadanya dalam masa sepuluh hari atau mana-mana tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, bagi didepositkan sedemikian dan jika barang-barang itu tidak dipindahkan sedemikian, pegawai kastam yang hak boleh memindahkannya ke suatu gudang kastam atas perbelanjaan pemunya barang-barang itu.

(4)

Peruntukan-peruntukan seksyen ini tidaklah terpakai—

(a)

bagi barang-barang yang diimport melalui pos;

(b)

bagi barang-barang yang diimport melalui jalan atau melalui laut di tempat import di mana tiada terdapat gudang kastam;

(c)

bagi bagasi penumpang, yang mengandungi barang-barang kegunaan sendiri sahaja.

(5)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (1), jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa setelah memandang kepada mana-mana barang-barang tertentu yang diimport ke dalam Malaysia yang tidaklah perlu bagi kepentingan awam barang-barang itu didepositkan oleh pengimport atau ejennya mengikut subseksyen tersebut, dia boleh mengarahkan barang-barang itu dilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakannya.

Section 66 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my