Malaysia legislation

Section 67

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 67

(2)

Jika resit deposit gudang hilang, suatu salinan resit itu yang diperakui dengan sempurna oleh pegawai kastam yang hak hendaklah diberi kepada pemunya barang-barang berduti itu atau ejennya apabila diserah bon tanggung rugi yang diluluskan oleh seorang pegawai kanan kastam dan diserahkan kepadanya di pejabat kastam, yang menjamin Kerajaan terhadap apa-apa tuntutan atas kerugian yang disebabkan oleh serahan salah barang-barang yang didepositkan itu.

(3)

Pemegang atau endorsi seterusnya sesuatu resit deposit gudang atau suatu salinannya yang terperakui yang diberi di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan, bagi maksud-maksud Akta ini, sebagai pemunya barang-barang yang didepositkan itu, dan serahan kepada pemegang atau endorsi atau ejen

KASTAM pemegang atau endorsi resit deposit gudang itu atau salinannya yang diperakui adalah suatu serahan yang sempurna dan sah di sisi undang-undang.