Malaysia legislation

Section 70

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 70

Kerajaan adalah tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa kerugian yang dialami berkenaan dengan apa-apa barang-barang kerana kebakaran, kecurian, kerosakan atau sebab lain semasa barang-barang itu berada di mana-mana gudang kastam atau dalam jagaan atau kawalan yang sah di sisi undang-undang mana-mana pegawai kastam, melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh pengabaian sengaja atau keingkaran seorang pegawai kastam atau orang yang diambil bekerja oleh Kerajaan berhubungan dengan kastam.