Malaysia legislation

Section 72

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 72

Pemunya atau ejennya hendaklah membayar kepada pegawai kastam yang hak sewa gudang atas kadar yang ditetapkan yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa barang-barang yang didepositkan dalam sesuatu gudang kastam atau sesuatu gudang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Sewa itu hendaklah dibayar pada akhir tiap-tiap bulan sama ada suatu tuntutan berkenaan dengannya dibuat atau tidak dan jika tidak dibayar sedemikian boleh didapatkan kembali sebagai suatu hutang civil yang kena dibayar kepada Kerajaan.