Malaysia legislation
Section 76
Seksyen 76
Barang-barang yang tiba di Malaysia untuk dipindahkapal dan didaratkan di suatu pelabuhan kastam untuk menanti ketibaan vesel yang kepadanya barang-barang itu dicadang akan dipindahkapal hendaklah, jika barang-barang itu berduti apabila diimport atau dieksport atau dilarang diimport atau dieksport, atau tergolong dalam suatu kelas barang-barang sedemikian, didepositkan di sesuatu gudang kastam atau gudang berlesen dan hendaklah dikenakan bayaran sewa gudang atas kadar yang ditetapkan yang dipakai bagi barang-barang sedemikian atau, jika kadar itu tidak ditetapkan, atas kadar yang ditetapkan yang dipakai bagi barang-barang yang digudangkan sebelum dieksport:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh mengecualikan apa-apa barang-barang tertentu daripada kuatkuasa seksyen ini.