Malaysia legislation

Section 78

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 78

(2)

Tiap-tiap pengimport barang-barang berduti yang dikecualikan daripada digudang di bawah peruntukan-peruntukan perenggan (b) dan (c) subseksyen (4) seksyen 66 hendaklah, atas ketibaan barang-barang itu di suatu tempat import, membuat sama ada dengan sendiri atau melalui ejennya kepada pegawai kastam yang hak di tempat import itu, suatu akuan, mengikut apa-apa cara atau apa-apa borang sebagaimana yang ditetapkan, tentang barang-barang yang diimport itu, dan hendaklah membayar duti kastam dan caj-caj lain yang dilevi ke atasnya dalam tempoh empat belas hari dari akuan sedemikian.

(3)

Orang yang kepadanya dialamatkan apa-apa barang-barang berduti yang diimport melalui pos hendaklah, apabila dituntut oleh pegawai kastam yang hak, membuat dengan sendiri atau melalui ejennya kepada pegawai itu suatu akuan, pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan, tentang barang-barang yang diimport itu.

Section 78 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my