Malaysia legislation

Section 80

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 80

(a)

dengan sendiri atau melalui ejennya membuat, di dalam borang yang ditetapkan dan kepada pegawai kastam yang dinyatakan dalam subseksyen (2), suatu akuan tentang barang-barang yang akan dieksport;

(b)

menunjukkan barang-barang itu kepada pegawai itu di mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai itu;

(c)

membayar duti eksport dan apa-apa caj lain yang boleh dilevi ke atasnya kepada pegawai itu:

Dengan syarat bahawa, Ketua Pengarah boleh membenarkan pengeksportan apa-apa barang-barang tanpa pembayaran duti terlebih dahulu—

(a)

jika ianya dibuktikan dengan memuaskan hatinya bahawa,

(i)

menimbang barang-barang itu bagi maksud taksiran duti boleh dibuat di Singapura dengan lebih mudah; atau

(ii)

kelengahan yang tidak perlu akan berlaku dalam menentukan berat bersih barang-barang itu sebelum pengeksportannya dibenarkan; dan

(b)

jika cagaran telah diberi dengan memuaskan hatinya bagi pembayaran duti dalam masa yang ditentukannya.

(2)

Akuan yang disebut dalam subseksyen (1) (a) hendaklah dibuat kepada pegawai kastam yang hak di tempat yang sesuai yang dinyatakan di bawah ini iaitu---

(a)

di pelabuhan kastam tempat pengapalan jika eksport ialah melalui laut;

(b)

di suatu stesen kastam di darat yang ditetapkan dengan wajar di mana barang-barang dimuatkan atau di tempat eksport jika eksport ialah melalui keretapi;

(c)

di tempat eksport jika eksport ialah melalui jalan;

(d)

di lapangan terbang kastam tempat eksport jika eksport ialah melalui udara.

(3)

Akuan yang disebut dalam subseksyen (1) (a) hendaklah memberi suatu laporan yang penuh dan benar tentang jumlah dan perihal bungkusan dan tentang perihal, berat, ukuran atau kuantiti, dan nilai semua barang berduti, dan negeri barang-barang itu ditujukan.

(4)

Tiada barang-barang berduti boleh dipindahkan dari tempat di mana barang-barang itu ditunjukkan kepada pegawai kastam menurut subseksyen (1) melainkan jika kebenaran bagi maksud itu telah terlebih dahulu didapati daripada seorang pegawai kanan kastam.

B—Barang-barang tidak berduti