Malaysia legislation
Section 83
Seksyen 83
Apabila apa-apa barang-barang tidak berduti atas pengimportan diimport melalui jalan, pengimport barang-barang itu hendaklah membuat dengan sendiri atau melalui ejennya kepada pegawai kastam yang hak di tempat import atau di tempat lain yang ditetapkan suatu akuan pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan, dengan memberi butir-butir barang-barang yang diimport, dan tidak boleh mengimport barang-barang itu sehingga ini telah dibuat.