Malaysia legislation

Section 87

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 87

Akuan-akuan yang disebut dalam seksyen 81, 82, 83, 84, 85 dan 86 hendaklah memberi suatu laporan yang penuh dan benar tentang butir-butir yang mana terhadapnya peruntukan dibuat dalam borang-borang yang ditetapkan masing-masing:

Dengan syarat bahawa, jika, dalam hal barang-barang yang diimport, apa-apa butir yang dikehendaki tidak diketahui oleh pengimport barang-barang itu, penyerahan barang-barang itu boleh dibuat atas suatu akujanji bertulis oleh pengimport atau ejennya untuk memberikan maklumat yang perlu kepada pegawai kastam yang hak atau ketua stesen keretapi, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa sepuluh hari dari tarikh akujanji itu atau sesuatu tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh pegawai kastam yang hak itu dan jika pengimport atau ejennya gagal memberikan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh akujanji itu dia dianggap gagal membuat akuan yang dikehendaki itu.

Section 87 — CUSTOMS ACT 1967 | mylaw.my