Malaysia legislation

Section 94

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 94

Tiap-tiap orang yang menuntut pulang balik atas apa-apa barang-barang yang dieksport semula hendaklah, dengan sendiri atau melalui ejennya, membuat kepada seorang pegawai kanan kastam suatu akuan dalam dua salinan, pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan, bahawa barang-barang itu telah dengan sebenarnya dieksport semula dan tidak didaratkan semula atau diturunkan dari keretapi dan tidak dimaksudkan untuk didaratkan semula atau diturunkan dari keretapi di mana-mana pelabuhan kastam, lapangan terbang kastam atau tempat dalam Malaysia atau dalam mana-mana pelabuhan di Malaysia di mana barang-barang daripada perihal yang serupa dikenakan duti kastam.