Malaysia legislation
Section 96
Seksyen 96
Apabila apa-apa barang-barang kegunaan sendiri atau barang-barang lain yang telah diimport oleh pelawat ke Malaysia bagi kegunaan sendiri, atau sampel yang diimport oleh orang yang menjual dagangan dari setempat ke setempat, atau sampel dagangan atau apa-apa barang-barang lain yang ditentukan, yang duti kastam ke atasnya telah dibayar dieksport semula dalam masa tiga bulan dari tarikh pengimportan atau dalam apa-apa tempoh tambahan sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, sama ada secara am atau dalam mana-mana hal tertentu, Ketua Pengarah boleh membenarkan suatu pulang balik terhadap duti kastam itu.