Malaysia legislation
Section 97
Seksyen 97
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa barangbarang diimport hanya untuk sementara dengan suatu maksud pengeksportan semula yang berikut, dia boleh membenarkan barang-barang itu diserah ketika pengimportan tanpa pembayaran duti tertakluk kepada pembayaran suatu deposit senilai dengan tidak kurang daripada amaun duti yang akan kena dibayar jika barang-barang itu diimport bagi kegunaan tempatan atau cagaran diberi dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayaran duti itu. Deposit itu hendaklah dibayar balik atau cagaran itu dikembalikan jika barang-barang itu dieksport semula dalam masa tiga bulan dari tarikh pengimportan atau dalam apa-apa tempoh tambahan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.