Malaysia legislation

Section 98

of AKTA KASTAM 1967

Seksyen 98

Ketua Pengarah boleh, dalam mana-mana hal, atas budi bicaranya dan tertakluk kepada apa-apa sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, membenarkan apa-apa barang-barang, yang ketika pengimportannya telah diakui sebagai sampel dagangan, supaya diimport semula bebas daripada duti.