Malaysia legislation
Section 99
Seksyen 99
(a)
barang-barang siap yang dieksport itu telah dikilang di premis yang diluluskan oleh Ketua Pengarah;
(b)
apa-apa buku dan akaun disimpan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi maksud menentukan kuantiti barang-barang yang digunakan dalam pengilangan itu atau bagi atau dalam pembungkusan barang-barang yang dikilang itu;
(c)
barang-barang itu dieksport semula dalam masa dua belas bulan dari tarikh duti import dibayar atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah; dan
(d)
notis bertulis telah diberikan dalam borang akuan eksport bahawa tuntutan mendapatkan pulangan balik akan dibuat, dan tuntutan tersebut dalam borang ditetapkan telah dibuat dan dibuktikan hingga memuaskan hati pegawai kanan kastam dalam masa enam bulan dari tarikh eksport semula tersebut atau apaapa tempoh lanjutan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Dalam seksyen ini, ungkapan "pengilang" termasuklah mana-mana orang yang kepadanya barangbarang dikilang telah dijual, atau selainnya dilupuskan.