Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Pemansuhan
[N.M.B Ord. 69 tahun 1950], dan Ordinan Kor Kadet Persekutuan
Tanah Melayu 1952 [N.M.B Ord. 46 tahun 1952], adalah dengan ini dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa—
(a)
segala perundangan subsidiari yang dibuat di bawah
Ordinan itu yang dengan ini dimansuhkan dan yang mula berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini, setakat mana perundangan subsidiari itu tidak bercanggah dengan Akta ini, hendaklah terus berkuat kuasa dan terpakai bagi semua anggota Pasukan sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini;
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia 11
(b)
semua orang yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini adalah pegawai yang ditauliahkan atau orang yang didaftarkan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sedemikian hendaklah, dengan persetujuan mereka dan dengan kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan, disifatkan sebagai pegawai yang dilantik atau orang yang didaftarkan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan pegawai dan orang yang disifatkan sedemikian yang masing-masing akan dilantik dan didaftarkan, hendaklah mempunyai pangkat dan kekananan yang tidak kurang baiknya daripada yang diberikan kepada mereka sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.
Bagi maksud perenggan (b) ungkapan “pihak berkuasa yang berkenaan” berhubungan dengan apa-apa kelulusan yang akan diberikan di bawah perenggan itu ertinya Yang di-Pertuan Agong dalam hal pegawai yang ditauliahkan, dan Menteri dalam hal orang yang didaftarkan, di bawah Ordinan yang dimansuhkan seperti yang disebut terdahulu.
12
AKTA 417
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─
13
AKTA 417
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─