Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.—
“anggota” ertinya seseorang pegawai, pegawai kadet atau kadet yang telah dilantik atau didaftarkan dengan sewajarnya ke dalam Pasukan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“Menteri” ertinya Menteri Pendidikan;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 417
“Pasukan” ertinya Pasukan Kadet Bersatu Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“pegawai” ertinya seseorang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong untk menjadi pegawai mengikut seksyen 7; dan
“pegawai kadet” ertinya seseorang yang dilantik untuk menjadi pegawai kadet mengikut seksyen 8.